May 16, 2012

Saya Suka Makan Nasi Sambal

Semalam, babah masak sup tulang untuk dimakan dengan bihun untuk makan malam. Saya disuruh berehat di bilik untuk susukan Imi dan Sarah. Jadi, sebelum mengaji, Iman dan Hani dah makan.

Masa mereka sampai di rumah balik dari mengaji, saya sedang blender cili (untuk stok) dan panaskan sup.




Hani : Mama nak masak sambal ke?
Mama: Taklah. Ni mama blend siap-siap. Nanti nak masak senang.
Hani : Saya nak makan nasi dengan sambal.
Mama : Eh, tadi kan dah makan bihun. Ada lagi. Mama tuangkan untuk kamu nak?
Hani : Sambil menangis dan kata "Saya nak makan nasi dengan sambal.."

isyk. Nasib baik ada nasi semalam dalam peti sejuk.
Saya gorengkan nasi tu. Dan Hani makan dengan gembiranya.


 Muka gembira Hani Mastura selepas makan nasi goreng pedas


Mama : Sedap?
Hani : Mengangguk dan tak terkata apa sambil makan.

isyk..isyk..isyk..



May 11, 2012

Burung



Hani : Mamaaaaa abang kan, kata bukan-bukan!

Saya memandang dengan penuh confuse. Kenapa? Saya tanya.

Hani : Dia tanya saya, dalam banyak-banyak burung, burung apa tak boleh terbang?
Lepas tu, dia kata bird dia. Bird dia tu burung ke?


Errr.. mood terlalu penat nak layan. Korang ni....


Apr 23, 2012

Persepsi - Kenapa saya tutup blog seketika

Semasa saya membuat keputusan untuk menulis blog, tujuannya ialah untuk merakamkan momen secara selektif. Perkara-perkara terutamanya tentang anak-anak yang saya tidak mahu lupa. Maklum, saya memang seorang pelupa. Amat bahaya sekali jika pilihan momen yang saya rakamkan digunakan untuk membuat kesimpulan perihal keseluruhan wajah kehidupan saya. Hidup saya bukan sentiasa gembira. Hidup saya bukan sentiasa kelakar. Saya manusia biasa yang mana kehidupan peribadi saya bukan sempurna. Saya tidak menipu semasa menulis. Saya cuma menulis secara selektif, sebab yang hendak dikenang ialah perkara-perkara yang menggembirakan saya.

Persepsi bahawa saya seorang ibu, isteri mahupun pekerja yang sempurna adalah bahaya. Saya buka semula blog ini kerana saya terlalu rindu sebenarnya hendak menulis. Saya bukan super. Saya bukanlah ibu atau isteri yang sempurna. Saya punya "the other side" yang tidak molek. Saya cuma memilih untuk menulis sisi yang baik, sbb ini blog saya. Di mana lagi saya hendak menunjuk kebaikan jika bukan di blog sendiri? Hehehehe. Well... sebagaimana yang saya selalu kata sebelum ini; Baca boleh, percaya jangan!


Okay.. I'm officially a blogger again... (perasankah kata ganti nama yang berubah itu? Saya sudah menjadi seorang yang skema.. ; )

Oct 25, 2011

Sampai Syurga

Tiba-tiba waktu malam, masa sessi kiss-kiss-selamat malam dengan anak-anak.

Iman : Mama, saya sayaaang mama sampai bila-bila. Sampai saya mati, sampai ke syurga.

Mama terkedu dan rasa terharu sangat.

Tiba-tiba..


Hani bersuara sambil mencebik.

Hani : Yer ke kamu masuk syurga.. Tadi bohong dekat mama. Tu dah berdosa tu..


Mama pandang Hani tanpa berkelip. Isyk cik kak aku ni.....

Oct 21, 2011

Orang Besar vs Tuan Besar

Sesekali bila nak jumpa "ORANG besar", kalut benar kita.
Semua hendak nampak cantik.


Nampak sempurna.

Tapi,



LIMA KALI SEHARI bila nak jumpa "TUAN BESAR" ,
Kita buat yang wajib-wajib saja.
Itupun, ada juga yang culas dan cuai.


Haiiiii..... aku kena berubah ni.


p/s: Hari ini hari ke-12 bekerja tanpa berhujung minggu. Di office kalut ada segerombolan orang besar-besar dan orang berbadan besar datang. Macam-macam ragam ada. Nasib baik aku berbadan "kecil " dan jawatan pun kecil. Tak ada siapa perasan. LEGA.

Oct 14, 2011

ooo Menjawab Ye

Anak-anak sekarang bukan mcm aku masa kecil-kecil dulu. Untuk setiap soalan atau statement yang kita beri, ada saja jawapan dari mereka kan. Kadang-kadang tak terfikir pula kita ni sampai begitu sekali. Sometimes jawapan mereka buat kita rasa kelakar, marah dan sedih pun ada...

1. Perbualan dalam kereta - gara-gara Iman tak dengar kata. Sbb apa, tak boleh recall pula.

Mama : Iman, kamu faham tak apa mama cakap?
Iman   : Tak .. kalau mama cakap Tamil baru saya faham.
Mama : Oo kamu pandai cakap tamil ye. Cuba cakap sikit, mama nak dengar.
Iman   : Mulut saya ada makanan. Mama kan pesan jangan bercakap kalau mulut  penuh ...

Haaa menjawab, menjawab. Bengang kan dengar?


2. Perbualan di meja makan.

Mama : Hani, biji buah plum tu jangan kulum. Nanti tertelan.. tumbuh pokok dalam perut kamu baru tahu.
Hani   : Ala, dalam perut saya mana ada tanah. Mama kata nak tanam pokok kena ada tanah kan.

Cis... (beberapa lama selepas itu..)

Hani    : Mama, hari tu kan, kat rumah nenek, saya telan biji limau.
Mama  : Oo dah tumbuh pokok la dalam perut kamu?
Hani    : Err (sambil gosok perut) biji tu masih benih dalam perut saya ni.

Menjawab lagi... ada saja jawapannya kan..  Sila perhatikan perkataan masih tu ya. Hani bercakap guna ayat surat kan.. :p


3. Perbualan dalam bilik

Hani : Mama selalu cakap mama sayang saya, tapi kenapa mama selalu marah saya?

Mama tak terkata apa. Hai kepala... cepat berfikir! Cik Hani dalam mood sedih tu...

Mama : (sambil gosok belakang badan dia.) Mama sayang anak mama ni.. Tapi, kalau anak mama tak dengar cakap mama, mestilah mama marah.. Sapa kata mama tak sayang Hani. Mama sayang semua anak mama ...


Alahai.. sedih la pula!

Oct 12, 2011

Pandai Mama


Sekarang ni, dari darjah satu, dah kena ambil satu bahasa tambahan. Kerana Iman sekolah sesi petang, subjek tambahan yang ada ialah Bahasa Arab. Aku? Aku dulu belajar bahasa arab pun sikit-sikit masa darjah 4-6 di sekolah agama. Di Melaka masa tu, kena ambil exam SSRA - Sijil Sekolah Rendah Agama. Aku dah lupa aku dapat apa. Yang aku sangat pasti bukan A. Bukan juga B. Jadi... boleh agak-agak lah gred nya kan. ;)

Since aku ni merangkap penasihat kerja rumah Iman, ada lah dua tiga kali dia tanya aku soaland ari buku teks Arab dia. Serius! Aku kagum lihat untuk budak darjah satu, dia (pastinya satu kelas dia macam tu) boleh tulis satu ayat lengkap (rasanya, since aku buta bahasa arab kan.) Jawapan aku setiap kali dia tanya ialah "Mama tak belajar bahasa Arab dulu Iman. Nanti tanya babah ok?"

Setiap kali aku cakap mcm tu. Dia buat muka tak puas hati. Lama-lama dia boleh terima hakikat yg mama dia memang jahil BA ni. Semalam, dalam kereta.


Iman : Hani, cuba aku teka ni apa majidon (err betul ke ni?)
Mama : Mama nak teka! Mama nak teka! Masjid, betul tak?
Iman : Ok, cuba mama teka hamsoh tu apa?
Mama : Err (Dalam hati aku nyanyi lagu satu-sepuluh yg Ustaz Majid ajor dulu kat sekolah rendah. Lagu tu lekat sungguh di hati aku ni.) Lima!
Iman : Ermm pandaiii mama.

hahahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails