Jun 18, 2008

Resepi - Masak Asam Pedas

Disebabkan ayah orang Muar dan mak orang Melaka, masakan yg kerap ada di rumah ialah asam pedas. Ada banyak version asam pedas. Jadi aku tulis resepi ini dalam dua bahagian. Apa yg mesti ada dan kepelbagaian versinya.

Asas Asam Pedas
U
ntuk dua-empat orang

  1. Tumbuk bawang merah (ambil sebiji saiz sederhana) bersama-sama dua ulas bawang putih. Kalau nak senang lumat, masukkan garam siap-siap.
  2. Tumis cili yang dah siap di blender. (Masa blender cili, letak bawang siap-siap. Sebab ada cili yang sangat pedas. Bawang boleh kurangkan pedas. Kalau tak tahan pedas, petua membeli cili kering yg kurang pedas ialah warnanya sedikit gelap dan TIDAK berkilat. Pada kebiasaannya, cili jenis ini mahal sedikit.)
  3. Masukkan minyak. (Kalau kita masak sayur, minyak sedikit sekadar untuk menumis. Tapi, untuk tumis cili dan bawang tumbuk kita ni, minyak perlu dilebihkan, supaya cili kita boleh garing.)
  4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang tumbuk tadi.
  5. Tunggu sampai bawang tumis tu naik baunya, barulah masukkan cili.
  6. Kacau cili sampai warnanya nampak garing.
  7. Masukkan ikan.
  8. Masukkan perahan air asam jawa. Ambillah asam jawa tu dalam sejemput. Lama-lama masak, kita akan tau exactly banyak mana. (perahan? ahaks.. apa-apa lah perkataan yang aku guna tu... )
  9. Tunggu mendidih dan tutup.

Variasi asam pedas:
Ke
pelbagaian cara menukar rasa asam pedas. Pilih salah satu.. yg lain simpan untuk lain kali masak...
  1. Cili Hidup - Kalau nak guna cili hidup pun sedap jugak. Caranya masih sama, cuma gantikan cili kering dengan cili hidup. Disebabkan cili hidup agak mahal.. selalunya, hanya ikan yang mahal jer aku masak macam ni. Macam ikan jenahak ker.. ikan merah ker.. Kalau ikan kembong, ala-ala rugi laa plak. hehe tu pendapat aku le. Untuk pekatkan kuah kita, campur sedikit dengan cili kering yang di blender.
  2. Halba dan biji sawi - Aku selalu gak tambahkan rempah ni semasa menumis bawang. Rasanya kuah nanti sedikit "pedau". Aku tak taulah wujud atau tak perkataan ni. hahaha. Bak kata suami aku, aku suka create sendiri perkataan. ahaks.
  3. Daun Limau - Sangat sesuai ditambah kalau masak asam pedas daging atau ayam. Ditambah apabila kuah dah mendidih. Koyakkan sikit daun tu.. Jgn hiris plak. Ni bukan masak rendang...
  4. Bunga kantan - Dimasukkan dalam kuah.
  5. Serai - Ketuk dan masuk.
  6. Daun kesum - Ikat dan masuk.
  7. Halia - Ketuk dan masuk semasa menumis. Kaedah paling jarang digunakan.
  8. Belacan - Ini something yg aku TAK AKAN letak dalam mana-mana masakan aku. Sebab aku alah pada belacan. hahaha.
Lain-lain petua/tips
  1. Kalau asam pedas ayam atau daging, kuahnya biarlah pekat.
  2. Kalau nak warna asam pedas tu cantik.. masukkan sedikit kunyit semasa menumis bawang.
  3. Kalau nak makan asam pedas yg sedap.. meh ke rumah mak aku di Melaka. Tu, THE BEST ASAM PEDAS IN THE WHOLE WIDE WORLD! hahaha. Love u Mak.
Okay. Selamat mencuba.

16 comments:

Cik Sar said...

asam pedas yummy!!! b4 kawin saya hanya tau asam pedas ikan je..bile dah kawin, my MIL masak asam pedas daging..1st rasa..dan sekarang saya mmg selalu masak asam pedas sebab senang.kekekke

Cik Som said...

cik sar >> Memang senang... tapi aku paling suka ayam masak asam pedas. Sbb, beli ayam kat pasar dah siap potong.. Beli daging kena siang sendiri.. Hahaha

Lan0stZz said...

Assalamualaikum, terima kasih share recipe dan tips2 nak umphh kan masakan asam pedas. seronok baca teori2 yg ada bila masukkan bahan2 berlainan.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
klee said...

pedo ni bahasa orang muor .. suami awak sah ler bukan anak jati muor kalau tak pernah dengo perkataan pedo ni ..

Cik Khurai Nasir said...

wAAAAA akhirnya ada orang yang meng confirm kan kewujudan perkataan pedo itu... hahahaha. TQVM!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails